Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 15 Jan 2018
Versi 8.0.3
online visitor Pelawat Di Talian 32
total visitor Jumlah Pelawat 379,769



MAJLIS DAERAH MARUDI

PETI SURAT 374,

98058 BARAM,

SARAWAK.

 

NO.TEL   : 085-755755

NO.FAKS : 085-755336

EMAIL : marudidc@sarawak.gov.my

 

WAKTU PERKHIDMATAN :

08:00 PAGI - 05:00 PETANG

(ISNIN - JUMAAT)

Piagam Pelanggan Majlis Daerah MarudiPiagam Pelanggan Majlis Daerah Marudi

 

  • Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dan status perlaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

 

  • Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar / seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

 

 

 

  • Pelan bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan.

 

  • “Occupation Permit” hendaklah dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

 

 

  • Semua tuntutan bayaran dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

 

  • Sampah domestik dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis.

 

 

  • Buku baru yang diperolehi melalui perolehan Pihak Berkuasa Tempatan dan pinjaman berkelompok diproses dan dipamerkan untuk pinjaman dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh penerimaan.

 

  • Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang.

 

 

  • Keputusan permohonan lesen perniagaan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja.

 

 

  •  Bil cukai taksiran dihantar kepada pelanggan selewat-lewatnya pada 30 April dan 30 september pada setiap tahun.

 

 

 

  •  Minit Mesyuarat Majlis hendaklah disediakan dan diedarkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja.

  • Sekurang-kurangnya 95% pegawai gred 22 dan keatas menghadiri latihan sekurang-kurangnya 42 jam setahun.

 

  •  Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk / badan bukan kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dapat dilaksanakan lapan puluh lima peratus (85%) dalam tahun semasa.

 

  • Sekurang-kurangnya lapan puluh lima peratus (85%) jumlah projek pembangunan yang diluluskan siap dilaksanakan dalam tahun semasa