Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 22 Ogos 2017
Versi 8.0.2c
online visitor Pelawat Di Talian 33
total visitor Jumlah Pelawat 177,752



MAJLIS DAERAH MARUDI

PETI SURAT 374,

98058 BARAM,

SARAWAK.

 

NO.TEL   : 085-755755

NO.FAKS : 085-755336

EMAIL : marudidc@sarawak.gov.my

 

WAKTU PERKHIDMATAN :

08:00 PAGI - 05:00 PETANG

(ISNIN - JUMAAT)

UCAPAN SETIAUSAHAUCAPAN SETIAUSAHA

 

Saya dengan segala hormat dan sukacitanya memaklumkan bahawa Majlis Daerah Marudi telah mewujudkan satu lagi perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai menerusi Laman Web (Website) Majlis Daerah Marudi. Dengan wujudnya Laman Web ini, diharap orang ramai terutama sekali pengguna-pengguna internet dapat berhubung terus dan menyampaikan mesej kepada pihak Majlis Daerah Marudi.

 

Melalui perkhidmatan Laman Web ini, orang ramai boleh menyalurkan pandangan dan ulasan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Majlis.

 

Mereka juga boleh mendapat maklumat tentang fungsi dan jenis perkhidmatan yang disediakan serta program pembangunan yang telah dan yang akan dijalankan pada setiap masa.

 

Selain daripada itu, orang ramai juga dapat mengetahui tentang tempat-tempat menarik yang boleh dijadikan sebagai destinasi pelancongan seperti kompleks Gunung Mulu yang masyhur dengan keunikan “The Pinnacles” dan Gua “The Sarawak Chamber” yang terbesar di dunia di samping kepelbagaian kebudayaan etnik yang terdapat di Daerah Baram.

 

Adalah diharapkan dengan wujudnya kemudahan Laman Web ini akan dapat membantu merealisasikan visi Majlis Daerah Marudi ke arah Sebuah Daerah Yang Maju, Bersih Dan Indah.

 

Sekian. Terima Kasih.

 

“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”

 

“AN HONOUR TO SERVE

 

PETRICK LINGGIE ANAK TABOH

Setiausaha,

Majlis Daerah Marudi.